Sunday, July 5, 2009

Kasih Sayang

Sepanjang 2 hari program kursus kepimpinan AMK Malaysia di Shah Alam telah membuatkan aku jatuh cinta pada lagu ini yg aku declare menjadi lagu rasmi aku.

http://www.youtube.com/watch?v=NRPvUObj8HQ

Friday, July 3, 2009

Kem Kepimpinan Rakyat

Shah Alam, 4/7/2009
Kem Politik Perdana Siri 1, Angkatan Muda Keadilan Malaysia sedang berlangsung sekarang ini di Hotel Carlton Holiday selama 2 hari dan akan berakhir esok 5/7/2009.

Saya selaku Ketua Penerangan AMK Cabang Selayang antara peserta yg hadir.

Tuesday, June 16, 2009

Kerajaan Perpaduan

malam tadi aku tertonton buletin utama sewaktu menunggu pesanan makanan siap di warung tomyam. berita kerajaan perpaduan menjadi berita hangat dan kata kata PM Najib bahawa ini baru peringkat risik merisik amat tidak menyenangkan bagi aku.
selepas itu ditunjukkan pula Timbalan Presiden PAS, Ust Nasharuddin (yg juga bekas pensyarah aku) mengulas kenyataan Najib dengan wajah dan senyuman lebar seolah oleh tali pertunangan telah diikat dan hanya menunggu saat ijab dan kabul sahaja lagi.
Aku secara peribadi amat tidak bersetuju berpadu dengan parti Umno yang dasarnya selama ini telah menjarah dan menjajah Melayu supaya Melayu miskin, mundur terus miskin dan mundur.

Aku percaya ini semua adalah mainan politik terdesak umno yang kehilangan sokongan dan populariti dengan mendadak semenjak 10 tahun kebelakangan ini. Tetapi yang amat menghairankan adalah kesediaan Pas menawarkan diri dan/atau menerima tawaran umno untuk bersepadu dalam satu kerajaan dan pastinya Pas mesti menyertai Barisan nasional untuk melaksanakan hasrat tersebut. Menerima tawaran dan bercakap mengenainya bersama sama pimpinan Umno pada aku sudah cukup melukakan hati pengundi pengundi Pas selama ini.

Apakah Pas benar benar percaya Umno itu ikhlas? Najib berkata Pas nampak ikhlas. Jika ada yg bertanya Najib, adakah Umno ikhlas? Apa jawapan Najib kamu fikir? Ditanya kanak-kanak kecil berapa gaji PM pun dijawabnya rahsia.(rujuk Berita Harian hari ini).

Pas sekarang tersepit dengan isu ini tetapi kenyataan Timbalan Presiden mereka semalam menunjukkan mereka tidak gentar dengan amaran Tuan Guru Nik Aziz. Ustaz nasha dengan nada ceria berkata akan memberitahu Presiden apabila Presiden kembali ke dalam negeri. Aku percaya yang amat amat bahawa telahan dan firasat Tuan Guru Nik Aziz adalah benar. Pas akan dipermainkan dan terus dipermainkan oleh Umno. Setakat ini sahaja kredibiliti Pas sudah tercalar hebat di kalangan penyokong Pakatan Rakyat.

akhir kalam, aku menggesa Presiden Pas untuk segera berhenti berunding dengan Umno dan membuat public statement bahawa Pas tetap mendokong dan menyokong Pakatan yang dikehendaki Rakyat dan bukannya terjebak ke dalam Barisan Nasional yang dikendati sepenuhnya oleh Umno.

Thursday, June 11, 2009

sedikit sunyi

sedikit sunyi?? ya agak sunyi sepi sedikit DSAI lewat ini. jawab aku terhadap pertanyaan seorang rakan yg bertanya kenapa DSAI agak sunyi dua tiga menjak ini...
mungkin hanya pd kita DSAI sedikit sunyi, sebenarnya tidak sunyi...mungkin kerna bahang PRK Penanti kurang dirasai & mendapat liputan media perdana...almaklumlah Be End kecut telor di sana..
ditambah pula media perdana cacai be end seebook memainkan isu kerajaan perpaduan & melaga-lagakan Pas dan Pakatan...
kalau kau nak rasa meriah jom ikut aku pegi bangi Sabtu ni..ada Kongres tergempar...di sana nanti ramai tokoh tokoh pimpinan PKR ...tengok kau sunyi lagi ke tak..
berkaitan kongres tersebut, aku sokong usul satu ahli satu undi..tapi pelaksanaannya MESTI sempurna.wajib sempurna.satu ahli mesti satu undi.dan ahli itu mesti ahli yg sah.yang bayar yuran dan simpan resitnya.dengan cara satu ahli satu undi ini aku percaya kita dapat menyekat dan menghalang politik rasuah...sanggup ke korang nak bayar setiap ahli utk vote korang??
tak macam sistem bahagian dan perwakilan yg banyak kelemahan..sebab mudah dibeli. kepada parti nelayu bersekutu aku cabar untuk gunapakai kaedah pengundian yg sama.baru bersih sikit parti haprak korang tu.

Friday, May 15, 2009

Dato Sri Anwar di Bandar Tasik Puteri



Program Jawatankuasa Daerah Mengundi BTP yang dibatalkan permit di saat akhir dan diganggu Polis dan MPS pada awalnya tetap berjaya dan berjalan walau tak seperti dirancang.Kehadiran DSAI pada sebelah malam untuk bersama sama penduduk BTP meraikan semangat penubuhan KeAdilan sepuluh tahu lalu amat amat dihargai.
Cuma yang menjadi kesedihan selain gangguan polis adalah sikap Ketua Bahagian Selayang yang tidak menyokong dan memberi kerjasama kepada program tersebut. Malahan beliau sebagai Ketua Bahagian juga tidak hadir semasa program berjalan sedangkan beliau mempunyai pengetahuan mengenainya.
Yang juga mengejutkan ialah sms daripada Ketua AMK Bahagian yang juga membantah program tersebut.Menjadi tanda tanya kepada kami di JDM kenapa Bahagian enggan menyokong malahan membantah program ini sedangkan dari tahun lepas kami diasak dan didesak mengadakan program program Parti.Sudahlah Bahagian tidak membantu dari segi kewangan mereka membantah pula program JDM tersebut.
walau bagaimanapun, kehadiran Timbalan Ketua Bahagian serta beberapa rakan lain daripada bahagian memberikan kami pemahaman yang jelas tentang siapa yang menentang program tersebut.
Mudah mudahan program akan datang mendapat kerjasama dan sokongan kuat Bahagian serta dipermudahkan urusannya.Insyaallah.

Tuesday, May 5, 2009

Sepuluh Tahun KeAdilan di BTP

KeADILan Bandar Tasik Puteri
SAMBUTAN 10 TAHUN PENUBUHAN KEADILAN & MAJLIS MENGENANG JASA PARA PENGASAS PARTI KEADILAN RAKYAT

Harapan Baru

Tarikh: 9 Mei 2009
Tempat: Putri Central Park, Bandar Tasik Puteri,, Rawang
Masa: 4 petang - malam
Tetamu: Presiden PKR

Tuesday, April 21, 2009

Program 10 tahun KeAdilan ditunda!!

mohon maklum bahawa majlis MAJLIS SAMBUTAN 10 TAHUN & MAJLIS MENGENANG JASA PENGASAS yang sepatutnya diadakan pada 26 April 2009 adalah ditangguhkan pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Terima kasih atas sokongan dan dorongan

Harap Maklum